Rapuh November 12, 2009
Posted by aireensamirah in aku dan diriku.4 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Opick – Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

aku makin rapuh dan rapuh..
serapuh kaca gelas,
yang bila-bila masa akan pecah
kerana cuainya aku
kepingin aku mencintaiMu
mendahulukanMu
namun,
aku rapuh..
dalam langkahku kadang aku alpa,
dalam pandangan kadang aku cuai,
dalam kata kadang aku lupa,
dalam hati,
aku selalu lesu..
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 63: Pengalaman&Kenangan.. November 6, 2009
Posted by aireensamirah in aku dan diriku.8 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Menyelak kembali fail-fail lama, tersenyum sendiri. Mengenang kehidupan di sekolah. Mengenang diri di sekolah. Adakah berbeza dengan kini. Saya rindu pada kehidupan sekolah, saya rindu kepada kehidupan yang sibuk. Tapi kenangan hanya tinggal kenangan, yang penting adalah masa depan. Maka, saya melangkah ke depan berbekalkan pengalaman masa lalu. Pengalaman masa lalu mematangkan, mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Experience is the best teacher.
Rugilah jika kita tak belajar dari pengalaman. Baik atau buruk pengalaman, ia pasti mengajar kita akan suatu erti kehidupan. Masalah yang timbul mengajar kita untuk menyelesaikannya, perselisihan faham dengan rakan membuatkan kita lebih mengenali rakan tersebut.
“If you will call your troubles experiences, and remember that every experience develops some latent force within you, you will grow vigorous and happy, however adverse your circumstances may seem to be.” ~ John Heywood
Kalau disoal kepada saya, apakah pengalaman bermakna dalam hidup saya, maka saya akan katakan pengalaman menjadi penolong ketua umum atau dalam kata lain, dikatakan penolong ketua pengawas. Yang menjadikan tugas ini sukar, ialah saya perlu menjadi ketua yang umum, tak kira di asrama atau di sekolah, saya perlu bertugas. Walaupun sibuk dan penat, saya merasakan amat amat amat seronok kerana dapat berbakti dengan ramai orang, saya mampu bergaul dengan semua lapisan warga SMKAP. Lelaki, perempuan, rakan sebaya, adik-adik, dan cikgu-cikgu. Begitu mencabar social skill saya.
Daripada seorang yang agak sukar bergaul, saya belajar untuk bergaul. Daripada seorang yang memilih kawan, saya cuba berkawan dengan semua orang. Daripada seorang yang berkira, saya menjadi lebih pemurah. Daripada seorang yang garang, saya cuba untuk senyum dan menyayangi semua orang. Saya benar-benar jadi lain. Dan saya gembira. Gembira kerana saya ada ‘keluarga’ yang besar!
Syukur pada Mu Ya Allah kerana memberikan kesempatan untuk aku merasai nikmat ini. Dalam kepayahan kau ajar erti kasih sayang, dalam tangisan kau ajar erti tanggungjawab. Dan segalanya atas kurnian dan ketentuanMu, Ya Tuhanku.
Kini, semua itu hanya tinggal kenangan, yang saya bawa, cuma apa yang saya belajar dari pengalaman. Saya belajar dan terus belajar. Kehidupan ini bagai sekolah yang mengajar setiap hari, dan kita murid-murid yang bebas untuk benar-benar mengambil pelajaran dari sekolah kehidupan. Allah itu pula penentu segalanya, dan setiap ketentuanNya pasti ada pengajaran yang mahu diajarkan kepada hambaNya.
“The difference between school and life? In school, you’re taught a lesson and then given a test. In life, you’re given a test that teaches you a lesson.”~Tom Bodett
Payahnya menjaga diri dan iman yang saya rasakan kini lebih payah rasanya dari menjaga lebih kurang 400 pelajar puteri dulu. Saya pohon segala yang terbaik dariMu, Ya Allah. Permudahkanlah segalanya, berkatilah, dan berilah kekuatan kepada kami dalam meniti kehidupan ini. Kurniakanlah kami dengan iman dan taqwa, penilaian sebenar kehidupan ini..
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 62: Be The Happiest Woman In The World! October 26, 2009
Posted by aireensamirah in Muhasabah diri, renungan bersama.6 comments
Yes!
Yes to your beautiful smile that sends a message of warmth and friendliness to others.
Yes to your kind words that establish friendship as permitted in Islam and dispel rancor.
Yes to acceptable charity that bring happiness to the poor and feds the hungry.
Yes to sitting with the Qur’an, reciting it, pondering its meaning and acting upon them, and repenting and seeking forgiveness.
Yes to remembering Allah a great deal and praying for forgiveness, persisting in du’a and offering sincere repentance.
Yes to raising your children in Islam, teaching them the sunnah and guiding them to that which will benefit them.
Yes to modesty and hijab as enjoined by Allah, which is the means of self-protection.
Yes to friendship of good women who fear Allah, love Islam and respect high values.
Yes to honoring one’s parents, upholding the ties of kinship, honoring one’s neighbor and caring for orphans.
Yes to reading useful, interesting and beneficial books.

No!
No to wasting time in trivial pursuit, and love of revenge and futile arguments.
No to giving priority to money and accumulation of wealth over one’s health, happiness, sleep and peace of mind.
No to seeking out other people’s fault and backbiting about them, whilst forgetting one’s own fault.
No to indulging in physical pleasure and giving in to every whim and desire.
No to wasting time with shallow people and spending hours in idle pursuit.
No to neglecting physical hygiene and cleanliness in the house, and being disorganized at home.
No to haram drinks, cigarettes, narghile (“hookah pipes”) and all foul things.
No to thinking of past calamities and dwelling on past mistakes.
No to forgetting the Hereafter and neglecting to strive for it, and to being careless of what happen in the Hereafter.
No to wasting money on haram things, being extravagant with regard to permissible things, and failing short in acts of worship.
~You Can Be THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD. A treasure chest of reminders~
-Dr. ‘Aid al-Qarni-
POST 61: Sabr & Shukr October 23, 2009
Posted by aireensamirah in Coretan Rasa Hati, Muhasabah diri.1 comment so far
Bismillahirrahmanirrahim.
Sabr and shukr.
We always heard about this right? But we always forget to practice it. And to me, this is the sweetness of life, sweetness of Islam. To be patience when things go wrong, and to be grateful for everything we got.
Eventhough people think sabr is more likely to be hard to do, but do we realize shukr is even harder? Do we?
People can be patient with everything happen. Disaster, sickness, penniless and whatsoever. But, do people be grateful for everything they have by the time?
Do we really grateful for everything we got?
family?
friends?
life?
money?
health?
education?
place to stay?
mobile phones?
cameras?
laptops?
internet?
time?
brain?
to many things to be listed here friends, it’s tooooooooooo many.
and I can say, every particle is a gift from GOD, right?
but the MOST IMPORTANT,
do we really grateful to be born as Muslim?
to breath as Muslim?
to live as Muslim?
to have faith in Allah
to have faith in His messenger
do we SABR to be a Muslim?
do we SHUKR to be a Muslim?
do we????
there so many people are on their journey towards faith,
many people believe in many GODS to find the truth,
many people,
but we are the chosen one,
to be given with guidance, hidayah from Allah.
do we shukr? and sabr?
Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyal karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. [40:61]
Friends, we can do many things to show our grateful to Allah beside say Alhamdulillah. Maybe we can try to practice sujud shukr, and also use all this nikmah for good thins right? Can we? We are pampered slave. Can’t we be more grateful?
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 60: Belajarlah Berkomunikasi October 14, 2009
Posted by aireensamirah in aku dan diriku.9 comments

Gaya bahasa dan nada adalah penting dalam komunikasi. Kadang kala makna sesebuah ayat atau mesej boleh disalahertikan akibat penggunaan gaya bahasa dan nada yang salah.
Si A: “Boleh tak kau tolong telefon dia. Kredit aku habis lah”
Si B: “Kau telefon dia. Kredit aku habis.”
Kedua-dua ayat ini mempunyai maksud yang sama, cuma gaya bahasa dan nada yang berbeza. Mungkin pada sesetengah orang, mereka tidaklah begitu kisah tentang gaya bahasa dan nada, tapi bagi saya, nada dan gaya bahasa amatlah penting.
Antara kedua-dua ayat di atas, pastilah saya lebih lembut hati untuk menolong si A. Dengan cuma satu perkataan ‘tolong’ boleh membuatkan kita lembut hati. Walaupun maksudnya sama dan saya faham penyampai tidak bermaksud untuk ‘berkurang ajar’, tetapi sedikit sebanyak ia melunturkan perasaan saya untuk menolong kerana dia seolah-olah memberi arahan pada saya.
Ini bukan sahaja pada percakapan secara lisan, tapi juga dalam SMS, YM dan sebagainya. Satu perkataan seperti ‘lah’ atau ‘kot’ boleh mengubah maksud ayat. Emoticon dan ‘haha, hehe, hihi, huhu’ yang seringkali kita gunakan dalam chatting dan SMS juga mampu membuatkan penerima lebih memahami emosi dan nada yang cuba kita gunakan.
“Words are, of course, the most powerful drug used by mankind.”
Ataupun dalam menasihat, kadang kala ayat yang kita cuba gunakan kurang sesuai hingga menyebabkan nasihat menjadi sesuatu yang mengguris hati dan merendah-rendahkan yang dinasihat. Contohnya,
“Awak ni dah banyak sangat buat dosa. Tak tahulah macam mana nasib awak dekat akhirat nanti”
atau,
“Kamu ni dah jauh perginya, tapi tak apa. Masih ada jalan pulang, Allah kan Maha Pengasih dan Pengampun.”
Mana satu yang lebih baik dan memberi semangat untuk yang dinasihat?
Menasihat juga perlukan teknik komunikasi dan psikologi yang baik, bukan sekadar ilmu yang tinggi. Seringkali juga saya mendengar cerita tentang orang yang mahu berubah tapi tidak jadi meneruskan niat mereka lantaran nasihat ‘menakutkan’ yang diberi oleh orang yang menasihat. Sayang bukan? Masalahnya bukan pada isi nasihat, tapi pada gaya penyampaian. Seorang ingin kembali ke jalan yang benar, berpatah balik lantaran kesalahan kecil yang kita tidak sedari.
Belajar lah dari pengalaman dan persekitaran untuk berkomunikasi. Lain orang, lain caranya, lain nadanya. Mungkin pada golongan lebih tua kita patut bernada hormat dan merendahkan suara. Tidak lah boleh sama dengan gaya percakapan kita dengan kawan-kawan. Atau pada kanak-kanak, bernada lebih manja dan lembut sesuai dengan sifat kanak-kanak yang lembut. Bergaullah dengan ramai orang kerana dari situ kita akan belajar cara berkomunikasi yang lebih baik untuk semua golongan.
Wallahualam.
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 59: Sleep&Smile October 12, 2009
Posted by aireensamirah in Coretan Rasa Hati, aku dan diriku.5 comments
Dear love,
give me everything
or give me nothing
i just want sleep and smile
give me love
or give me hate
give me kindness
or give me revenge
i still sleep and smile
sweet or bitter
good or bad
friend or foe
relax or stress
still,
i sleep and smile
God,
give me anything
i don’t care anymore
as long its from You
i just want to sleep and smile
sleep & smile
that’s all.
Z-)
Khas Untuk Warga Alumni SMKA Pedas October 10, 2009
Posted by aireensamirah in Uncategorized.5 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Mungkin ada yang sudah tahu tentang ini, mungkin ada yang belum. Kepada rakan-rakan yang mampu dan berkesempatan untuk pergi, marilah bersama-sama kita meriahkannya. Bukan selalu dapat jumpa ramai-ramai macam ni. Ni je peluang nak jumpa ramai-ramai dengan cikgu-cikgu sekali serta abang kakak yang dah lama tak jumpa. Jom ajak kawan-kawan lain.
(Aku dengan Lyana Mastura dah semangat ni! yeah! so jangan takut tak ada dak putri pergi)
Malam Untaian Kasih Semarak Budi
Majlis Makan Malam SMKA Pedas 2009
TEMPAT : Dewan Majlis Perbandaran Seremban
Tarikh : 6 November 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 – 11.00pm
Penganjur : PIBG SMKA Agama Pedas & SMKA Pedas
Penaung : YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Hj Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan
Pakian : Batik
Artis Undangan : Kumpulan Nasyid INTEAM
Harga : individu : RM50.00
Table : RM400.00 (8 orang)
Tujuan : Mengumpul dana bagi tujuan untuk melengkapkan fasiliti SMKA Pedas seperti Buku-buku, kelengkapan kemudahan belajar dan lain-lain. Demi untuk adik-adik yang masuh belajar di sana.
Semua bekas pelajar SMKA Pedas dijemput untuk memeriahkan majlis makan malam ini. Disamping kita dapat menyumbang untuk kemajuan Sekolah, kita juga dapat berjumpa dengan seluruh bekas pelajar SMKA Pedas yang turut hadir.
Maklumkan kepada rakan-rakan mengenai majlis makan malam ini.
Untuk tempahan kerusi/meja sila hubungi En ZamZan di talian 0176913430.
Jom Kita Memeriahkannya!!
Pasal bayaran tu, mungkin ada masalah sikit. Tapi jomla korbankan sikit duit top-up untuk bantu sekolah yang dah bentuk kita jadi ‘insan’. Marilah bersama-sama kita meriahkannya. (Kalau yang jauh, mungkin boleh singgah rumah aku dulu. Tapi jangan sampai satu bas pulak)
. Oh, aku rindu Pedas.
POST 58: Retorik Perubahan October 8, 2009
Posted by aireensamirah in Coretan Rasa Hati, Muhasabah diri, renungan bersama.4 comments

Saya lihat ramai mahu berubah
Saya juga mahu sama
Tapi masih tak mampu
Dan saya masih tak mampu
Perubahan bukan retorik semata
Perubahan perlukan keikhlasan
Perubahan perlukan kekuatan
Perubahan perlukan keazaman
Perubahan mesti dengan kefahaman
Jelas dan jitu
Apa tujuan dan matlamat
Perubahan mahu istiqamah
Bukan sekadar detik hati
Tapi perancangan yang teliti
Perancangan yang membuahkan hasil
Bukan habuk semata
Perubahan bukan sekadar pameran
Tapi mengharap keredhaan
Perubahan bukan pada sesetengah
Tapi semua
Kerana sesetengah
Kadangkala membawa kepada tiada
Perubahan bukan sekadar di bibir
Tapi perlu di anggota
Bukan sekadar di fikiran
Tapi juga di hati
Perubahan adalah jihad
Bukan jihad membawa armada
Tapi jihad melawan diri sendiri
Nafsi yang menggoda
Perubahan bukan mudah
Namun tak mustahil
Perubahan bukan retorik semata.
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 57: Terima kasih; gembira :) October 6, 2009
Posted by aireensamirah in aku dan diriku.9 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
3 Oktober 2009.
Alhamdulillah, segala puji bagiNYA kerana masih memberi peluang dan mempermudahkan segalanya.
Terima kasih kepada yang sudi hadir ke rumah saya.
Terima kasih kepada 5 driver yang berdedikasi membawa warga-warga INTI-UC ke Taman Sri Telawi.
[Syazwan JKL, Yuhanis BEX, Basyir WGV, Syira QTC, Auzy WKK]
Maaf atas segala kekurangan di sana sini.
Bahagia bersama anda semua.






Paling penting,
Terima kasih yang tak terhingga pada ibu yang memasak segalanya dengan bersungguh-sungguh.
Terima kasih ibu. Nanti adik belanja makan eh.

Terima kasih juga pada Azimah dan Nadiah yang banyak menolong.
Terutama ikut ibu pergi kedai kerana daku sakit kaki.
Terima kasih banyak-banyak. Nanti datang rumah lagi.

Tak lupa juga pada Mok.
Terima kasih kerana melayan tetamu terutama Encik Salahuddin.

Terima kasih semua.
Saya gembira.
Harap anda juga.
POST 56: Ah Manusia! October 2, 2009
Posted by aireensamirah in Coretan Rasa Hati, Muhasabah diri, renungan bersama.6 comments

Ah manusia!
Suka sekali berkata
Suka sekali beranggapan
Buat baik dikata tunjuk alim
Buat jahat dikata ahli neraka
Yang baik menghukum yang buruk
Yang jahat menilai yang baik
Ah manusia!
Suka sekali berkata
Menyukarkan hidup orang
dengan tanggapan nya yang bukan-bukan
Buat orang susah mahu berubah ke kanan
Yang kekiri pun susah
Takut serongnya pandangan
Tapi ke kanan ada ganjaran
Ke kiri?
Wallahualam
Ah manusia!
Tak habis-habis berpandangan
Seringkali menyusahkan diri
Melihat pandangan manusia yang hina
Tapi pandangan Yang Mencipta
Ada ambil kira?
Ah manusia!
Tak habis-habis memikirkan manusia
Menghukum itu ini
Orang ni patut macam malaikat
Orang ni memang berdosa besar
Siapa manusia untuk menghukum?
Sedangkan dia yang akan dihukum
Ah manusia!
Tak habis-habis
Muhasabah la manusia
Kembalilah kepada fitrah
Kita hina
Dicipta dari air yang hina
Siapa kita untuk menghukum
Sedangkan kita
Tak tahu syurga atau neraka
Saya adalah manusia.
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 55: Me and Myself September 29, 2009
Posted by aireensamirah in Coretan Rasa Hati, Muhasabah diri, aku dan diriku.17 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
I really lost now. I don’t know what else to write in this blog. Really lost lots of idea. Or even if I had an idea, I’m afraid that the idea is just an idea mainly influenced by my emotion that will hurt many people. (I’m very bad if I do not like a particular things or person, this is how a person called me)
Ok, just wanna tell this blog something about what happen to me lately. I’m happy, I’m grateful. I feel contented with everything I have, everything I get. I may not the luckiest person in the world, but Allah gives me so much that make me feels like I’m the luckiest person in the world. (Hey, this is not like having a ‘cintan cintun’ or whatsoever that makes world mine huh)
My vision to State becomes clearer now. I hope it will become clearer and clearer after this. I have a stable CGPA which is more than the cut-off point. I finished my TOEFL and the result is more than what I expected. This is what I thank God tooooooo much . Alhamdulillah. It makes my plan to apply to the university I wish for easier. I want to fly~
I’m planning to go to Temple University because it’s good for actuarial science (but I have the problem with the name. u know what ‘temple’ mean right?). Or, I wish I can go to University of Iowa, because I don’t know why. I just adore the ‘Iowa’ name. But the uni is good for actuarial science too. Or maybe, I will apply to Purdue University. I wanna go here because it is a well known uni and a lot of my seniors there. Many of my friends want to apply Purdue too. As a backup plan, I’ll apply to uni of Nebraska Lincoln and Drake Uni. These unis have a lower requirement, maybe it will be easier for me to get there.
That’s my plan. I’m hoping for the assist from Allah. Hope He will make everything easier and smoother. And I’m now upgrading my faith which is now waving after raya. Somehow I feel like something lost inside. The feel of Ramadan no longer there, in myself. Looking for inner strength.
My best friend had fly to Egypt, pursue her study in medicine. She is my dearest best friend, who has been my best friend for about 9 years, until now and forever, I hope so. Hope the best for you dear. I will miss you a lot. Maybe we won’t meet for about 3-4 years, the longest time we will not meet. Its okay, come back as a doctor, a Muslimah doctor who will serve for Islam. I know you can do it. The land of prophet is sure the best place for you.

Last but not least, I just wanna share a phrase from La Tahzan that make me cry just now. Allah love us so much, give us everything, but why we hardly put Him in our heart, serve the best for Him in order to show our grateful to Him. We remember and we forget. That is we, ‘insan’. An-nisian. The forgetful.
Tenanglah kerana anda sedang berurusan dengan Zat Yang Berkuasa atas urusanNya, Yang Berkuasa atas hamba-hambaNya, Yang Maha Pengasih terhadap makhlukNya, dan Yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya.
It’s not too late for us to repent and come back to Allah.
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~
POST 54: … September 28, 2009
Posted by aireensamirah in Coretan Rasa Hati, aku dan diriku.add a comment

Kadang-kadang saya terfikir.
Adakah taubat saya diterima Allah?
Saya pohon taubat, saya titiskan air mata penyesalan..
tapi, hari esok, saya ulang semula..
atau, belum sampai esok hari pun, saya dah lupa..
saya terfikir,
sampai bila saya mahu jadi macam ni?
sampai bila saya harus merasa hanya sekadar sesalan?
sampai bila saya akan menjadi lemah?
Allah membuka pintu rahmat dan ampunanNya pada waktu malam buat hambaNya yang melakukan maksiat padaNya di waktu siang. Dan Allah buka kembali pintu rahmat serta ampunanNya di waktu siang buat hambaNya yang membuat maksiat padaNya pada waktu malam sehinggalah nyawa kita berada di kerongkongan. Tapi siapa yang tahu saat kematiannya? Tiada satu pun makhkuk yang tahu. Selagi kita mengakui tiada Tuhan selain Dia, maka pintu ampunan itu sentiasa terbuka luas
saya lihat kiri, lihat kanan
manusia berubah
ada ke kiri, ada ke kanan
ada ikut akal, ada ikut perasaan, ada ikut nafsu
saya di persimpangan
kiri atau kanan?
ke kanan kadang-kadang saya tak mampu
sekejap hati tegar, sekejap lagi lemah tak berdaya
hendak ke kiri pula,
saya takut pada Yang Kuasa
saya di persimpangan
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Zumar: 53).
masih banyak dosa dalam diri ini
masih banyak titik hitam menutupi hati
saya takut satu hari nanti saya sudah tak endah semua ni..
saya tak endah untuk buat dosa,
saya rasa aman buat dosa
dah tak ada cinta untuk Allah di hati saya
saya takut ya Allah..
saya takut yang amat..
Aku tidak akan menghimpunkan dua ketakutan pada hambaKU dan tidak pula akan mengumpulkan dua keamanan baginya. Jika ia merasa aman daripadaKU di dalam dunia, Aku akan berikan rasa takut kepadanya pada Hari Kiamat. Dan jika ia merasa takut kepadaKU di dunia, Aku akan berikan kepadanya rasa aman pada Hari Kiamat”
(Hadis Qudsi riwayat Ibnu Mubarak dan Al-Hasan).
Ya Allah!
tunjukkanlah aku jalan benar
jalan yang Engkau redhai
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
tetapkanlah kaki ku di jalanMu
akanku pilih jalan ke kanan
walau ia sempit
walau penuh duri
walau penuh ranjau
kalau itu harganya hidayahMu
kalau itu nilainya taman-taman syurgaMU
maka aku RELA…
“Semakin kuat iman kita, semakin sering pula iman itu diuji”
POST 53: Raya! Raya! September 25, 2009
Posted by aireensamirah in Memori, aku dan diriku.2 comments
Bismillahirahmanirrahim.
Sekadar coretan memori raya tahun ini. Menarik dan tertarik. Sedih juga bila mengenangkan ini mungkin tahun terakhir saya beraya bersama keluarga dan sanak saudara di Melaka (tapi dalam hati takut juga kalau ini bukan raya terakhir bersama keluarga).
Pagi raya 1 Syawal, syukur saya panjatkan pada Ilahi kerana masih memanjangkan umur saya untuk menikmati Ramadan sehingga akhir dan kemudian merayakan Syawal sekali lagi dalam keadaan yang serba cukup.
Alhamdulillah, tahun ini sempat saya solat sunat Aidilfitri, tak seperti tahun lepas, sampai saja di masjid, jemaah sudah memberi salam terakhir. Malang sungguh. Tapi, tahun ni pula, baju raya yang saya pakai untuk solat Aidilfitri tu retas jahitan di bahagian kain. Aduss, malang sungguh. Nasib baik ada baju lain untuk ditukar (nasib baik juga mak saya jahit baju sendiri, boleh ada baju raya banyak-banyak
)
Kampung sebelah ayah dan ibu dua-dua di Melaka, sebelah-sebelah je. Jadi memang akan pergi rumah saudara-saudara kedua-dua belah pihak. Saya ikut pergi je semua rumah, mengeratkan silaturrahim sambil memberatkan poket dan memenuhkan perut. Heh
Tahun ni juga kalau boleh nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa tu. Harap dapat jumpa, rindu bangat sama korang
Some Hari Raya 1430H pictures:






Semoga Raya tahun ini lebih bermakna dan membawa seribu keberkatan buat diri kita
Salam Lebaran :) September 18, 2009
Posted by aireensamirah in aku dan diriku.10 comments
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
saya ucapkan kepada semua pembaca
semoga Aidilfitri kita kali ini lebih bermakna dari yang sebelum-sebelumnya
semoga kita dapat sama-sama memakai pakaian ‘taqwa’ yang kita beli di kedai ‘Ramadan’
semoga kita beroleh keampunan dan keredhaanNya
saya memohon sejuta kemaafan dari semua atas segala silap salah saya dalam saya sedar atau tidak
jika ada yang terasa hati dalam blog ni atau dengan diri saya secara realitinya,
saya mohon ribuan ampun dan maaf

- kepada rakan-rakan ku yang akan fly tahun depan insyaAllah, raya lah se’sakan-sakan’nya tahun ni sementelah tahun depan kita mungkin sudah tidak berkesempatan lagi untuk merasa ketupat dan lemang serta rendang di Malaysia
POST 52: Cornflakes Madu Ibu September 15, 2009
Posted by aireensamirah in aku dan diriku.12 comments

Cornflakes Madu Ibu
Projek makan-makan. Projek masak-masak. Itu kegemaran kami di Inti.
Kali ni, saya, Azimah, Nisa, Ara dan Sab buat kuih raya. Kuih paling mudah, tak payah bakar pun tak apa. Kuih cornflakes madu resepi ibu
Disebabkan ramai yang minta resepi, jadi saya ambil jalan mudah untuk tulis sahaja di blog ni. Cepat dan mudah, sempat lagi kalau nak buat sebelum raya ni. Hehe.
**************************************
400g emping jagung a.k.a cornflakes
150g gula pasir
250g mentega a.k.a butter (biasanya seketul=250g)
2 sudu besar madu (banyak pun sedap)
cara-cara:
Cairkan gula, mentega dan madu. Kacau sampai berbuih.
Bila dah berbuih, matikan api dan masukkan cornflakes.
Gaul sampai rata.
Masukkan ke dalam paper cup.
Kalau nak melekat dan cantik, boleh bakar dalam oven 10 minit.
-siap-
********************************************
Biasanya, guna sukatan ni, kita boleh dapat dalam 200 biji. Kalo nak sikit, boleh bahagi dua semua sukatan tu.





khas buatmu Azimah, hehe~
Mudah je kan? Sedap…
Selamat mencuba di rumah

