jump to navigation

POST 63: Pengalaman&Kenangan.. November 6, 2009

Posted by aireensamirah in aku dan diriku.
trackback

Bismillahirrahmanirrahim.

3664968762_d6e0b3dfcc

Menyelak kembali fail-fail lama, tersenyum sendiri. Mengenang kehidupan di sekolah. Mengenang diri di sekolah. Adakah berbeza dengan kini. Saya rindu pada kehidupan sekolah, saya rindu kepada kehidupan yang sibuk. Tapi kenangan hanya tinggal kenangan, yang penting adalah masa depan. Maka, saya melangkah ke depan berbekalkan pengalaman masa lalu. Pengalaman masa lalu mematangkan, mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Experience is the best teacher.

Rugilah jika kita tak belajar dari pengalaman. Baik atau buruk pengalaman, ia pasti mengajar kita akan suatu erti kehidupan. Masalah yang timbul mengajar kita untuk menyelesaikannya, perselisihan faham dengan rakan membuatkan kita lebih mengenali rakan tersebut.

“If you will call your troubles experiences, and remember that every experience develops some latent force within you, you will grow vigorous and happy, however adverse your circumstances may seem to be.” ~ John Heywood

Kalau disoal kepada saya, apakah pengalaman bermakna dalam hidup saya, maka saya akan katakan pengalaman menjadi penolong ketua umum atau dalam kata lain, dikatakan penolong ketua pengawas.  Yang menjadikan tugas ini sukar, ialah saya perlu menjadi ketua yang umum, tak kira di asrama atau di sekolah, saya perlu bertugas. Walaupun sibuk dan penat, saya merasakan amat amat amat seronok kerana dapat berbakti dengan ramai orang, saya mampu bergaul dengan semua lapisan warga SMKAP. Lelaki, perempuan, rakan sebaya, adik-adik, dan cikgu-cikgu. Begitu mencabar social skill saya.

Daripada seorang yang agak sukar bergaul, saya belajar untuk bergaul. Daripada seorang yang memilih kawan, saya cuba berkawan dengan semua orang. Daripada seorang yang berkira, saya menjadi lebih pemurah. Daripada seorang yang garang, saya cuba untuk senyum dan menyayangi semua orang. Saya benar-benar jadi lain. Dan saya gembira. Gembira kerana saya ada ‘keluarga’ yang besar!

Syukur pada Mu Ya Allah kerana memberikan kesempatan untuk aku merasai nikmat ini. Dalam kepayahan kau ajar erti kasih sayang, dalam tangisan kau ajar erti tanggungjawab. Dan segalanya atas kurnian dan ketentuanMu, Ya Tuhanku.

Kini, semua itu hanya tinggal kenangan, yang saya bawa, cuma apa yang saya belajar dari pengalaman. Saya belajar dan terus belajar. Kehidupan ini bagai sekolah yang mengajar setiap hari, dan kita murid-murid yang bebas untuk benar-benar mengambil pelajaran dari sekolah kehidupan. Allah itu pula penentu segalanya, dan setiap ketentuanNya pasti ada pengajaran yang mahu diajarkan kepada hambaNya.

“The difference between school and life? In school, you’re taught a lesson and then given a test. In life, you’re given a test that teaches you a lesson.”~Tom Bodett

Payahnya menjaga diri dan iman yang saya rasakan kini lebih payah rasanya dari menjaga lebih kurang 400 pelajar puteri dulu. Saya pohon segala yang terbaik dariMu, Ya Allah. Permudahkanlah segalanya, berkatilah, dan berilah kekuatan kepada kami dalam meniti kehidupan ini. Kurniakanlah kami dengan iman dan taqwa, penilaian sebenar kehidupan ini..

.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.

Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~

Comments»

1. syazwan - November 6, 2009

meNgmbil seTiap cebIsan PengAlaMAn menJAdi gUrU…
MenGaJAr bAiK daN bUruK….

Thnks aMi KerAna BerKonGsi.. :)

2. gadis kurung biru. - November 6, 2009

wan bajet baik. eleh. ;)
ami power ah. hahaha.

aireensamirah - November 6, 2009

salam alaik..

syazwan,
experience throughout the life..
hehe..
sama-sama, perkongsian yg tah apa-apa..

gadis kurung biru,
esh, kesian wan.. ;)
huhu..
power?? power mcm power rangers tak??
adeyh…

3. asiah - November 7, 2009

~salam kak amiE~
~bile bce post akak nie rindu lak kat pedas….
~rase nak blik kat pedas..apakn daye kite~

bile kat sekolah kite diuji dgn pelajar2nye…
dgn disiplinnya…mcm2 lagi la…
tp bila berada di dunia sebnar kehidupan…..
kite sering diuji dgn diri kita sendiri…
iman kita…amalan kita… dan mcm2 lagi…
itulah dugaan sebenar kehidupan ini…

semoga kite kuat dan tidak mudah mengalah…
dan sering memperbaiki diri kite setiap hari…
semoga kite masih istiqomah seperti zaman sekolah kite…
insyaALLAH…
ameen YA RABB…

4. Nur Farhanis Assila - November 7, 2009

salam…

amie!!!rndu gler kot zmn skolah..pngalaman yg mngajar erti hidup,suka,duka,prsahabatan..mcm2 lg la…rndu gler knangan 2..
thnx 4 being my fren..sweet memory never dies..hehe

aireensamirah - November 8, 2009

salam alaik..

asiah,
haha, mmg rindu kan kat pedas…

yup, ujian kat sekola biasanya kita dapat selesaikan dgn kwn2, cikgu2..
dan ada org slalu ingatkan..
tapi bila kat dunia luar ni, ujiannya lg besar..
pergelutan dgn diri sendiri dalam meneguhkan iman yang umbang ambing..
huhu..

insyaAllah,
sama2 mendoakan..
:)

Nur Farhanis Assila,
hehe..
rindu kan..rindu betul dkt kawan2..
pengalaman yg tak mungkin dilupakan..

thanks for being my friend too..
:)

5. aeisyulillah - November 9, 2009

haha, saya pon rindu zaman skul dlu

well, nothing much left other than missing

* u told my sis i m the short one? haha abes kna bahan kat umah=p

aireensamirah - November 9, 2009

salam…

syazwan kan?
a.k.a aeisyulillah..

yup, nothing much left other than sweet memories..

*haha..
sorry2, what else can i describe u?