POST 64: Time is Priceless November 22, 2009
Posted by aireensamirah in Muhasabah diri, renungan bersama.trackback
Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama rasanya saya tak menulis. Saya tak pasti adakah saya tiada idea untuk dikongsikan lagi dalam blog ni atau saya memang sudah malas menulis dalam blog ini. Saya mahu menulis dari lubuk hati saya sendiri kerana saya percaya apa yang saya tulis dari hati akan menyentuh hati orang lain. Deep inside my heart, I believe there is something wrong with my writing. Saya rasa penulisan saya bagai kurang hatinya, kurang ikhlasnya. Saya tak pasti.
*******************************
Biasanya masa yang terlalu banyak terluang buat kita biasanya membuat kita lebih leka dan masa yang sedikit akan membuat kita lebih proaktif. Mungkin sejak dua tiga bulan ini saya ada banyak masa, saya tidak sibuk sehingga saya leka dalam kekayaan masa. Ke mana masa-masa saya digunakan? Saya tidak pasti, ia berlalu bagai air sungai yang tidak berhenti. Benarlah pepatah arab, waktu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. Masa mungkin mahal ibarat emas, cuma bezanya, kita mampu membeli emas, tapi tidak masa.
Saya teringat saya pernah membaca satu komik pendek dalam majalah Gempak tentang masa. Bagaimana kononnya ada seorang profesor mampu mencipta mesin yang mampu membeli masa seseorang dan menjualkannya. Ada seorang pemuda ini yang terlalu lapang lantaran dia tidak mempunyai kerja. Melihatkan pemuda ini melepak-lepak dan mengadu kebosanan, professor ini menawarkan untuk membeli masanya. Pemuda ini terus bersetuju untuk menjual masanya dan dia dibayar dengan wang yang menggunung. Namun, dalam sekelip mata pemuda terrsebut menjadi semakin tua dan tua lalu mati. Wang menggunung pun tiada gunanya.
“Time is free, but it’s priceless. You can’t
own it, but you can use it. You can’t keep
it, but you can spend it. Once you’ve lost it
you can never get it back.”
Masa perlu digunakan sebaiknya. Nasihat tegar buat diri saya. Banyak masa yang telah saya buang dengan sia-sia terutama masa cuti ini. Kemana masa saya digunakan? Soalan yang bakal ditanya diakhirat kelak. Saya takut untuk menjawabnya.
Esok saya akan ke Penang, tinggal di sana sehingga daftar sem baru. Lagi banyak masa terluang, tapi kurang godaan tanpa Astro dan internet yang laju. Saya perlu lebih efektif. Persediaan untuk SAT pada 5 Disember ini perlu dimulakan. Don’t play-play aa Amie!!
“You can’t change the past, but you can ruin the present by worrying about the future”
.:saya mengingatkan diri saya bersama-sama:.
Sentiasa mencari-cari cinta dan redha Ilahi~


salam ami…
yep,betulbetulbetul.
mari kta gunakan masa dgn sebaik-baiknya(studying SAT,that is.)
LOL…guna contoh cerita dari Gempak…=)
let us do our best and, as always, let’s fly together,eh?
InsyaAllah…
Jumpa kat Penang la no…
p/s: lama x komen sini…huhu.
salam nadiah..
ingat 5 perkara sblm 5 perkara..
lapang sblm sempit..
hehe..
aku mmg suka baca gempak la..
tp baca je, beli tak ada laa..
huhu..
yup, see u in Penang..
p/s: dah lama aku menanti komenmu.. :p
Mase tu lalu sekali jer..
sekali terelepas, terlepas selamamnya…
Btul x?
benar..
benar sekali..
perkara paling jauh dari kita ialah masa,
dan perkara paling dekat ialah mati.
Masa itu tidak terharga. Tetapi saya mengatakan bayarlah harga masa yang telah diperuntukkan.
Apakah bayaran itu?
berpesan-pesan dengan SABAR dan HAQ.
HARGA MASA
Memanglah masa itu tidak mempunyai harga. Tiada siapa pun ingin membelinya kerana semua menjual masanya.
Lantas siapa yang menghargai masa?
Orang yang membeli masa dengan hidupnya untuk Allah.
BEGIN WITH THE END IN MIND
Sebab itulah kata Saidina Ali :
“Cukuplah mati menjadi tazkirah buat hidupku”
Masa kita tempohnya dua :
HIDUP dan pangkalnya MATI.
Ramai yang tidak menemu pangkalnya lantas lupa tujuan hidupnya. Mungkin saya di golongan itu.
Maka ini adalah tazkirah buat diri dan anda semua~
[entah apa-apalah yang ditulis ni..]
salam akmal..
yup, that is the best way to pay for the priceless time..
hehe..
entah apa-apa yg bermakna..
thanks for the reminder..